Monday, May 30, 2011

BosanNYa!!!!

urh tiap-tiap hari wat rutin yang sama ja bagun tdo,masak,makan n tengok tv..Tambah plak time cuti skolah ni abah aku keja erm dok umah je la nk g Holiday pn x dpt nk merasa...sian kt aku n adik-adik dok ngadap tv je xpn men game sampai mata bengkak...Awal bln 6 ni pak sedara aku plan nk g Pulau Langkawi g 1 family cuti-cuti ade ke si abah kesayangan aku ni ley wat derk je aku,mama n adik2 dok plan mcm2 klu nk p dia siap wat mimpi indah(tdo)adoiya...nmpk sgt mcm dia xmau p, pyah btui la org tua ni klu nk p jln2...klu aku nk p jln2 sndri dia ckp mcm2 ni dgn adk bradik pn dia ley senyap je haih apa la nasib...bosan la aku!!!erm dari dok umah nganga nk jgk p keja hurmmm keja pn mama n abah aku x bg p cari lagi-lagi la tambah tahap kebosanan aku ni...

Friday, May 27, 2011

Apa khabar jodohku?



Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Sunday, May 22, 2011

Pleasa punctual

tutt..tuuutt msj msuk
arini aku g kenduri kwn aku 'che ah' dgn mien,mira n kawan aku huhu...nk dijadikan keja aku n mien plan g konvoi skli g umah che ah pkul 11nak sampi...pkul 10 aku n kwn aku g umah mien pkul 10 da tepacak kt umah mien...tunggu pnya tunggu smpi pkul 10.30 mien pn bru nk make up segala call mira lak tkot dia lupa date nk g kenduri che ah xpe la da smua da siap-siap nk g kenduri...boleh plak mira wat qendang sampai pkul 11.30 x gerak-gerak lagi adoi perut lapa bebonar dah ni...kami pun gerak la ke destinasi umah che ah at Mahang nuh tgh2 on the way anak mira lak wat hal xnk dok dlm bby plak benti la kejap,xsempat bapa jam benti lagi hai bila mau sampi ni aku pn kurng sabar jgk r time 2..nasib bek aku dlm keta 1 lagi klu x ape la nk kuar dari mulut aku kan hahaha..da sampai dekat taman mutiara mira bgi signel masuk taman 2 tau dia watpe plak ce cuba la teka.dia baru nk beli hadiah plak arghh!!!npa la dia x resdy siap-siap benda alah tu adoiya..smua tu buang masa dan menambahkan lagi bunyi d perut yang bermacam irama rok dah kuar ni ha....Bila da settel psal hadiah tu kami gerak balik..
Huhuhuhu hepi tek terkata akhirnya perut yang macam-macam irama ni akan di isi dengan drum segala drumstik r hahaha...aku xtnggu dah mien,mira n kwn aku yang dok tegegeh lagi sengeh kat makcik-makcik kat citu biar orang cakap aku xmalu memang niat aku mai pn nk makan so kita makan la devil btl kan prangai aku ni tak tengok tempat men suka-suki je...bila da kenyang baru aku sedar ada manusia-manusia lain lagi magkok kan biar la peduli apa aku pk perut sndri smpi x sedar diri lantak la janji aku x wat jahat...
Time best,time g jmpa pengantin la iaitu che ah abis pelamin dia aku n kwn belasah possing sampi orang tanya dak ni sapa sek bek che ah tau kawan  dia mmg mcmni pnya prangai pe lagi menjadi-jadi lagi la penagntin pn bgi green light..erm dah r aku da tatau nak mengarut apa lagi nnt ada sambungan untuk babak aksi lain plak...k